Tang Soo Do Diperkenalkan Di Malaysia

Tang Soo Do adalah seni bela diri yang melatih untuk menyerang dan mempertahankan diri dengan tangan dan kaki tanpa senjata. Setiap latihan dimulakan dengan memanaskan badan – meregangkan dan melonggarkan otot serta sendi bagi meningkatkan kelenturan dan ketangkasan. Ketika berlatih, pelajar diajar teknik menumbuk, menyekat, menendang serta gabungan teknik tangan dan menendang bergantung kepada tahap mereka supaya pelajar dapat fokus untuk mengembangkan teknik dengan baik yang menggunakan kaedah pernafasan, keseimbangan, kelajuan dan daya yang betul. Pengajar akan menerangkan setiap pergerakan otot atau anggota badan yang terlibat dalam melakukan sesuatu teknik sama ada menumbuk atau menendang sehingga teknik yang dilakukan mencapai kelajuan, daya serta ketangkasan yang diingini.

Formasi – Hyung (corak pergerakan yang teratur) adalah sebahagian daripada latihan Tang Soo Do – bermula dengan formasi yang ringkas hingga formasi yang lebih kompleks, di mana ianya memerlukan tumpuan, koordinasi seimbang, daya dan kawalan pergerakan. Pengetahuan teknik mestilah mengalir secara semula jadi bagi memudahkan tindak balas refleks.

Akhir sekali, latihan pertempuran bebas seperti sekatan, tumbukan dan tendangan digunakan. Ketika ini lah seseorang belajar untuk bertarung dengan efektif – kemahiran gerak kaki,pengaturan masa, kepantasan dan kekuatan. Latihan berterusan akan meningkatkan keyakinan dan kemampuan untuk mempertahankan diri. “Practice makes perfect”. Tempoh latihan bukan sahaja dapat meningkatkan kecergasan fizikal – kekuatan, fleksibiliti, ketangkasan dan kekuatan otot malah tutut dapat meningkatkan kecergasan mental – tumpuan, kepekaan, keyakinan diri, ketenangan dan disiplin diri.

Latihan kekuatan: Tang Soo Do menyediakan kaedah saintifik serta tepat bagi mengasah teknik dan kekuatan tumbukan dan tendangan. Ujian kekuatan dijalankan bagi mengukur pencapaian pelajar

Faktor penting: Pencapaian diukur dengan output. Semakin banyak latihan, semakin banyak pencapaian  dalam kecergasan fizikal, kecergasan mental dan kesihatan. Jangan terpedaya dengan kursus pertahanan diri yang kononnya mampu membolehkan anda menumbangkan lawan dalam hanya satu hari sahaja. Hanya melalui latihan berterusan yang akan membolehkan anda mempertahankan diri dengan baik.

Antara pengamal Tang Soo Do yang paling popular dan terkenal adalah Master Chuck Norris dan Pat Johnson (pelakon dan pengarah “The Karate Kid” dan “Teenage Mutant Ninja Turtles”).

💡 Apakah maksud di sebalik “Tang Soo Do” ?

Tang

Dinasti Tang Di China. (Zaman di mana Seni Mempertahankan Diri berkembang)

Soo

Soo – Tangan

Do

Do – Cara. Apabila digabungkan, ianya membawa maksud ’Seni Cara China’

Perkembangan Tang Soo Do Di Malaysia

2010

Johan Liga

2014

Johan Negeri

2015

3 Teratas Kebangsaan

2017

Johan Daerah

Seni bela diri Tang Soo Do telah diasaskan oleh Mahaguru Hwang Kee apabila beliau menubuhkan Persatuan Moo Duk Kwan pada 1945 di Seoul, Korea. Sejak 1962, seni bela diri Tang Soo Do telah tersebar ke seluruh dunia. Antara negara yang mula menubuhkan Persatuan seni bela diri Tang Soo Do ialah Amerika Syarikat, German, United Kingdom, Malaysia, Brunei, Itali, Greece, Sepanyol, Portugal, Filippina dan negara-negara lain.

Tang Soo Do mula bertapak di Malaysia pada tahun 1964 di Miri, Sarawak. Pada tahun 1968, ia telah berpindah ke Kuching. Master Lee Kang Uk (7 Dan) dari Korea telah menyebarkan seni bela diri Tang Soo Do ke seluruh Malaysia. Ketika itu, beliau merupakan Ketua Jurulatih bagi Asia Selatan. Selepas itu, semakin ramai jurulatih Tang Soo Do dari Korea mula menyebarkan seni bela diri ini ke bandar-bandar lain seperti Kuching, Sibu, Bintulu, Kapit, dan Limbang di Sarawak.

Pada tahun 1972, Tang Soo Do mula berkembang ke Semenanjung Malaysia iaitu di Pulau Pinang, Melaka, Selangor, Kelantan dan Perak. Satu mesyuarat agong telah diadakan pada tahun yang sama di Kuching, Sarawak, di mana semua ahli dan pegawai daripada Persatuan Tang Soo Do di Sarawak dan Semenanjung Malaysia telah dipilih untuk membentuk Ahli Jawatankuasa Persatuan Tang Soo Do Malaysia yang pertama.

Pada tahun 2010, Tang Soo Do telah didaftarkan dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia atas nama FOMDO (Federation of Malaysia Tang Soo Do). Antara matlamat utama Pertubuhan Persatuan Tang Soo Do Malaysia ialah untuk menyelaraskan dan memperkembangkan aktiviti Tang Soo Do di Malaysia.

Hubungi Kami.

Hubungi Kami

Alamat Surat-Menyurat

No.41, Jalan Resak Taman Palm Grove
41200 Klang, Selangor.