Persatuan Tang Soo Do Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Kebangsaan Tang Soo Do Video Formasi 2020 yang pertama pada 15 Oktober 2020.

Masalah penularan COVID19 telah menghamparkan aktiviti sukan yang sediakala, aktiviti kejohanan bersemuka tidak dibenarkan pada tahun 2020.

Semangat bersukan kami yang masih utuh, kami ingin sukan Tang Soo Do terus bergiat selalu, oleh itu kami menganjurkan Kejohanan Kebangasaan Tang Soo Do Video Formasi 2020 yang pertama. Kejohanan ini disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Semua peserta diberikan Sijil penyertaan.

TSD NATIONAL E-COMPETITION VIDEO CERTIFICATE 2020

LAPORAN KEJOHANAN TANG SOO DO VIDEO FORMASI 2020 PERINGKAT KEBANGSAAN PADA 15/10/2020

  • Nama Program/Aktiviti Kejohanan Tang Soo Do Video Formasi 2020
  • Tarikh Pelaksanaan 15 Oktober 2020
  • Mod Perlaksanaan Aplikasi Zoom dan Whatapps
  • Jadual Pelaksaanan Aktiviti
  • 20 Jun 2020 – Taklimat Zoom kepada semua jurulatih dan hakim oleh Ketua Jurulatih Kebangsaan – KJN Chin Kok King
  • 29 Aug 2020 – Taklimat Zoom kali ke 2 kepada jurulatih dan hakim oleh Ketua Jurulatih Kebangsaan – KJN Chin Kok King dan urusetia.
  • 16 Sept 2020 hingga 15 Okt 2020 untuk menyediakan dan merakam video formasi mengunakan kamera smartphone dan dihantarkan kepada urusetia melalui whatapps.
  • 15 Okt 2020 jam 11.59 malam – tarikh dan masa penutupan aktitivi menghantar video formasi kepada urusetia mengunakan whatapps. Borang peryertaan menggunakan aplikasi excel daripada semua jurulatih dihantar melalui email kepada urusetia.
  • 16 Okt 2020 hingga 18 Okt 2020 – Garis masa untuk urusetia menyemak, menyediakan aturan video kepada hakim-hakim untuk melihat video serta memberi markah kepada para peserta melalui whatapps dan seterusnya memberi borang markah skor (excel) kepada semua hakim melalui email.
  • 19 Okt 2020 hingga 22 Okt 2020 – Garis masa untuk para hakim meneliti video yang dihantar oleh urusetia. Borang markah skor yang dilengkapkan oleh para hakim, dihantar kembali kepada urusetia menggunakan email atau whatapps pada hari terakhir 22 Okt 2020, jam 11.59 malam.
  • 23 Okt 2020 – 24 Okt 2020 – Garis Masa untuk urusetia menyemak borang markah skor yang diterima daripada semua hakim dan menyediakan nama pemenang-pemenang acara formasi yang dipertandingkan.
  • 25 Okt 2020 – Nama Penenang diberitahu kepada semua jurulatih melalui whatapps
  • 26 Okt 2020 – Sijil Penyertaan diagihkan melalui pos kepada semua jurulatih untuk diberikan kepada para peserta.