Kursus Kayu Pendek telah dilangsungkan pada 23/03/2019 dan 24/03/2019 di Dewan SMK St.Anthony, Teluk Intan.  Kursus dijalankan selama 2 hari dari pukul 9.00 pagi hingga 4.30 petang.  Seramai 70 peserta Instruktor dan  ahli-ahli Tang Soo Do  mengambil bahagian dari Negeri Perak, Selangor dan Wilayah.  Program-program pada hari pertama adalah Penerangan Pergerakkan Teknik-Teknik dalam kegunaan Kayu Pendek-Teknik-teknik Pukulan dan Teknik-tenik Tangkis.

Pada hari Kedua Sessi yang pertama dari pukul 9.00 pagi hingga 12.30 petang,  Grandmaster, Chin Kok King 8th.Dan, Pengerusi Teknik Persatuan Tang Soo Do Malaysia tunjuk-ajar satu set Formasi ,  Formasi ini mempamirkan teknik-teknik tangkisan dan penyerangan..

Pada 2.00 petang hingga 4.30 petang, Grandmaster, Chin Kok King 8th.Dan menberi tunjuk ajar cara penghakiman Formasi dan menerangkan cara permakahan dijalankan semasa pertandingan.  Sessi Praktikal dijalankan dengan video rakaman dan penerangkan dengan menggunakan Komputer.  Tali Pinggang Hitam telah diberi peluang untuk menjalankan Penghakiman.