Kursus dagger dan Kerambit telah dilangsungkan pada 17/10/02019 dan 19/10/2019 di Dewan Kolej Vokasional Kuching.  Kursus diadakan selama 3 hari dari pukul 9.00 pagi hingga 4.30 petang.  Seramai 90 peserta Instruktor dan  ahli-ahli Tang Soo Do  mengambil bahagian dari Kuching, Samarahan, Sarikei, Sibu dan Miri.  Program-program pada hari pertama adalah Penerangan Pergerakkan Teknik-Teknik dalam kegunaan Dagger ( Pisau Kecil ).

Pada hari Kedua Sessi yang pertama dari pukul 9.00 pagi hingga 12.30 petang,  Grandmaster, Chin Kok King 8th.Dan, Pengerusi Teknik Persatuan Tang Soo Do Malaysia memberi sesi tunjuk ajar satu set Formasi yang menegaskan teknik-teknik tangkisan dan serangan..

Pada 2.00 petang hingga 4.30 petang, Grandmaster, Chin Kok King 8th.Dan  memberi sesi tunjuk ajar pengunaan senjata Kerambit dan menerangkan cara teknik serangan dan mempertahankan diri.

Pada hari Ketiga satu set formasi Kerambit baru selesai dipelajari oleh ahli ahli Tang Soo Do.  Sessi berakhir pada jam 3.00 petang